Saturday 8 December 2012

Video 3 - Menyenaraikan sifat-sifat fizikal haiwan

Video ini amat sesuai sekali digunakan dalam langkah 3 aktiviti pengajaran tajuk sifat-sifat fizikal haiwan di dalam kelas.Guru bolehlah memainkan video yang memaparkan gambar haiwan ini sambil bersoal jawab dengan murid tetang sifat-sifat fizikal yang dipunyai oleh setiap haiwan yang dipaparkan. Kelainan jenis haiwan yang dipaparkan dari segi sifat fizikal menjadikan video ini begitu sesuai untuk menguji kefahaman murid tetang tajuk yang di ajar. Selain itu, gambar haiwan yang ada dalam video ini pastinya membuatkan murid teruja untuk mengikuti aktiviti PnP yang seterusnya.


Monday 12 November 2012

Contoh soalan 1 - Sifat-sifat fizikal haiwan

Berikut saya sediakan beberapa soalan berbentuk objektif tentang tajuk sifat-sifat fizikal haiwan. Guru bolehlah menggunakan contoh soalan ini untuk menguji kefahaman murid tentang tajuk samaada dalam lembaran kerja atau ujian bertulis.

Contoh soalan:

1. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai sifat fizikal seekor buaya?

A. Mempunyai ekor
B. Mempunyai cangkerang
C. Mempunyai empat kaki
D. Mempunyai sisik

2. Haiwan yang manakah mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama dengan haiwan dalam gamabar di bawah?

A. Belalang
B. Cicak
C. Itik
D. Ular
 
3. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak mempunyai bulu pada badannya?
 
A. Harimau
B. Kucing
C. Ikan paus
D. Monyet
 
4. Apakah persamaan ciri fizikal antara tiga haiwan dalam gambar di bawah?
 

A. Bersisik
B. Kuku tajam
C. Berkepak
D. Tanduk

5. Merujuk kepada rajah di bawah, P mewakili


A. lalat
B. lebah
C. lembu
D. labah-labah

 


Sunday 11 November 2012

Video 2 - Sifat Fizikal haiwan

Video dari you tube ini amat sesuai digunakan sebagai set induksi untuk aktiviti PnP tajuk Sifat-sifat fizikal haiwan. Video ini amat menarik keranan mempunyai animasi berbentuk kartun yang pastinya menjadi murid lebih teruja untuk mengikuti proses PnP yang seterusnya. Selepas tayangan video ini, guru bolehlah melakukan aktiviti soal jawab dengan murid tentang kandungan video dan seterusnya memperkenalkan tajuk. Namun begitu video ini mungkin hanya sesuai digunakan untuk kelas yang muridnya telah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.