Monday 12 November 2012

Contoh soalan 1 - Sifat-sifat fizikal haiwan

Berikut saya sediakan beberapa soalan berbentuk objektif tentang tajuk sifat-sifat fizikal haiwan. Guru bolehlah menggunakan contoh soalan ini untuk menguji kefahaman murid tentang tajuk samaada dalam lembaran kerja atau ujian bertulis.

Contoh soalan:

1. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai sifat fizikal seekor buaya?

A. Mempunyai ekor
B. Mempunyai cangkerang
C. Mempunyai empat kaki
D. Mempunyai sisik

2. Haiwan yang manakah mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama dengan haiwan dalam gamabar di bawah?

A. Belalang
B. Cicak
C. Itik
D. Ular
 
3. Antara haiwan berikut, yang manakah tidak mempunyai bulu pada badannya?
 
A. Harimau
B. Kucing
C. Ikan paus
D. Monyet
 
4. Apakah persamaan ciri fizikal antara tiga haiwan dalam gambar di bawah?
 

A. Bersisik
B. Kuku tajam
C. Berkepak
D. Tanduk

5. Merujuk kepada rajah di bawah, P mewakili


A. lalat
B. lebah
C. lembu
D. labah-labah

 


Sunday 11 November 2012

Video 2 - Sifat Fizikal haiwan

Video dari you tube ini amat sesuai digunakan sebagai set induksi untuk aktiviti PnP tajuk Sifat-sifat fizikal haiwan. Video ini amat menarik keranan mempunyai animasi berbentuk kartun yang pastinya menjadi murid lebih teruja untuk mengikuti proses PnP yang seterusnya. Selepas tayangan video ini, guru bolehlah melakukan aktiviti soal jawab dengan murid tentang kandungan video dan seterusnya memperkenalkan tajuk. Namun begitu video ini mungkin hanya sesuai digunakan untuk kelas yang muridnya telah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
 
 

Nota 2 - Sifat Fizikal Haiwan

Nota 2 tentang sifat fizikal haiwan ini saya kongsikan sebagai pengetahuan tambahan untuk guru, murid ataupun ibubapa. Slide ini boleh digunakan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang sifat fizikal haiwan berbanding Nota 1 yang hanya memberikan contoh sifat-sifat fizikal haiwan yang terdapat pada haiwan-haiwan tertentu. Dalam slide ini mengandungi beberapa contoh sifat fizikal haiwan bersama penerangan mengenainya dan contoh-contoh haiwan yang terlibat.
 
Guru bolehlah menggunakan slide ini dalam langkah 2 aktiviti PnP dalam memperjelaskan lagi mengenai sifat-sifat fizikal haiwan. Ketika aktiviti PnP, guru bolehlah menunjukkan sifat luaran haiwan yang terlibat melalui contoh yang ada agar murid dapat memahami tajuk dengan lebih jelas. Untuk murid dan ibubapa, slide ini boleh digunakan sebagai pengukuhan kefahaman tentang tajuk ini.



Kredit kepada cikgu isza kerana penggunaan akaun slide share untuk diuploadkan slide ini

Lembaran Kerja 1 - Mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya

Lembaran kerja ini saya sediakan untuk tajuk mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya. Lembaran kerja ini hanya menumpukan pada bilangan kaki yang dipunyai oleh haiwan. Oleh itu, lembaran kerja ini sesuai digunakan dalam langkah 2 atau 3 aktiviti PnP di dalam kelas. Lembaran kerja ini juga sesuai untuk digunakan sebagai aktiviti pemulihan bagi murid yang tidak dapat menguasai tajuk ini dengan baik.
LEMBARAN KERJA SAINS1

Kredit kepada cikgu isza kerana sudi meminjamkan akaun scribdnya untuk diuploadkan lembaran kerja ini.

Video 1 - Sifat Fizikal Haiwan

Video versi Bahasa Inggeris dari you tube sesuai digunakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi tajuk Sifat-sifat Fizikal Haiwan. Walau bagaimanapun video ini mungkin hanya sesuai digunakan untuk kelas yang muridnya terdiri daripada murid-murid yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bagi murid yang lemah, guru bolehlah menterjemahkan isi kandungan video ini ke dalam Bahasa Malaysia.

Video ini menerangkan tentang sifat-sifat fizikal haiwan seperti kaki. Walaupun haiwan mempunyai kaki tetapi ada haiwan yang berkaki dua dan ada juga haiwan yang berkaki empat. Terdapat juga haiwan yang tidak mempunyai kaki.

Dengan adanya video ini, murid dapat mengukuhkan kefahamannya tentang tajuk bila dapat melihat contoh-contoh haiwan dengan jelas. Video ini boleh digunakan dalam langkah satu aktiviti PnP di dalam kelas.


Saturday 10 November 2012

Nota 1 - Sifat fizikal haiwan

Slide ini saya sediakan untuk tajuk Sifat fizikal haiwan. Guru bolehlah mengunakan slide ini dalam langkah 1 aktiviti PnP dalam memperkenalkan apa itu sifat fizikal haiwan dan contoh-contohnya. Slide ini hanya menerangkan tentang definisi sifat fizikal haiwan dan beberapa contoh sifat fizikal yang ada pada 5 jenis haiwan.

Selepas penggunaan slide ini dalam langkah 1, guru bolehlah meneruskan proses PnP dengan meminta murid melabelkan sifat fizikal haiwan pada lembaran kerja yang diedarkan.



Credit kepada cikgu isza kerana sudi meminjamkan akaun slide share untuk diuploadkan slide ini.

DUNIA SAINS

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
 
Dunia Sains adalah blog yang dibina atas tujuan pengkongsian ilmu matapelajaran sains tahun 3. Dunia Sains akan memfokuskan tentang Alam Kehidupan iaitu salah satu tajuk utama dalam matapelajaran sains. Dalam blog Dunia Sains saya akan cuba menyediakan bahan-bahan berupa nota, video, slide dan lain-lain. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat membantu guru secara khususnya dalam memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
 
Sekian