Showing posts with label sifat-sifat fizikal haiwan. Show all posts
Showing posts with label sifat-sifat fizikal haiwan. Show all posts

Sunday, 11 November 2012

Video 2 - Sifat Fizikal haiwan

Video dari you tube ini amat sesuai digunakan sebagai set induksi untuk aktiviti PnP tajuk Sifat-sifat fizikal haiwan. Video ini amat menarik keranan mempunyai animasi berbentuk kartun yang pastinya menjadi murid lebih teruja untuk mengikuti proses PnP yang seterusnya. Selepas tayangan video ini, guru bolehlah melakukan aktiviti soal jawab dengan murid tentang kandungan video dan seterusnya memperkenalkan tajuk. Namun begitu video ini mungkin hanya sesuai digunakan untuk kelas yang muridnya telah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
 
 

Nota 2 - Sifat Fizikal Haiwan

Nota 2 tentang sifat fizikal haiwan ini saya kongsikan sebagai pengetahuan tambahan untuk guru, murid ataupun ibubapa. Slide ini boleh digunakan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang sifat fizikal haiwan berbanding Nota 1 yang hanya memberikan contoh sifat-sifat fizikal haiwan yang terdapat pada haiwan-haiwan tertentu. Dalam slide ini mengandungi beberapa contoh sifat fizikal haiwan bersama penerangan mengenainya dan contoh-contoh haiwan yang terlibat.
 
Guru bolehlah menggunakan slide ini dalam langkah 2 aktiviti PnP dalam memperjelaskan lagi mengenai sifat-sifat fizikal haiwan. Ketika aktiviti PnP, guru bolehlah menunjukkan sifat luaran haiwan yang terlibat melalui contoh yang ada agar murid dapat memahami tajuk dengan lebih jelas. Untuk murid dan ibubapa, slide ini boleh digunakan sebagai pengukuhan kefahaman tentang tajuk ini.



Kredit kepada cikgu isza kerana penggunaan akaun slide share untuk diuploadkan slide ini

Video 1 - Sifat Fizikal Haiwan

Video versi Bahasa Inggeris dari you tube sesuai digunakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar bagi tajuk Sifat-sifat Fizikal Haiwan. Walau bagaimanapun video ini mungkin hanya sesuai digunakan untuk kelas yang muridnya terdiri daripada murid-murid yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bagi murid yang lemah, guru bolehlah menterjemahkan isi kandungan video ini ke dalam Bahasa Malaysia.

Video ini menerangkan tentang sifat-sifat fizikal haiwan seperti kaki. Walaupun haiwan mempunyai kaki tetapi ada haiwan yang berkaki dua dan ada juga haiwan yang berkaki empat. Terdapat juga haiwan yang tidak mempunyai kaki.

Dengan adanya video ini, murid dapat mengukuhkan kefahamannya tentang tajuk bila dapat melihat contoh-contoh haiwan dengan jelas. Video ini boleh digunakan dalam langkah satu aktiviti PnP di dalam kelas.


Saturday, 10 November 2012

Nota 1 - Sifat fizikal haiwan

Slide ini saya sediakan untuk tajuk Sifat fizikal haiwan. Guru bolehlah mengunakan slide ini dalam langkah 1 aktiviti PnP dalam memperkenalkan apa itu sifat fizikal haiwan dan contoh-contohnya. Slide ini hanya menerangkan tentang definisi sifat fizikal haiwan dan beberapa contoh sifat fizikal yang ada pada 5 jenis haiwan.

Selepas penggunaan slide ini dalam langkah 1, guru bolehlah meneruskan proses PnP dengan meminta murid melabelkan sifat fizikal haiwan pada lembaran kerja yang diedarkan.



Credit kepada cikgu isza kerana sudi meminjamkan akaun slide share untuk diuploadkan slide ini.